Assalamualaikum wbt…
Sekian lama saya terpaksa tidak menulis di blog saya lantaran terlalu sibuk dengan tugasan harian. Maklumlah, tugas semakin mencabar. Produktiviti diutamakan…. Sesekali saya melayari blog saya… nampaknya ramai kawan-kawan yang menjenguk….
Bagaimanapun kali ini saya terpanggil untuk menulis mengenai ANAK DURHAKA….
Dalam Islam diwajibkan seseorang anak taat kepada kedua ibu bapanya, wajib menghormati ibu bapa, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.
Namun ada juga anak-anak yang lupa daratan, tergolong kalangan anak-anak yang tidak tahu menghormati orang tua mereka malah boleh menyebabkan hati orang tuanya terguris.
Kepada mereka yang bergelar anak, ingatlah ... tanpa ibu bapa anda tidak akan mengecapi hidup yang senang lenang, seperti yang anda hadapi sekarang ini. Kalau tidak kerana penat jerih mereka anda tidak akan menjadi manusia yang disegani dan mempunyai ilmu yang tinggi.
Banyak fakta yang menuntut supaya anak-anak mentaati IBU. Memang syurga terleletak di bawah kaki ibu, kasih ibu bawa ke mati.. kisah siTanggang juga menggambarkan seorang anak mendurhakai ibunya... semuanya mengenai ibu....
Tapi... perlukah kerana kasihkan ibu, anak-anak perlu durhaka kepada bapa.
Seorang kawan bercerita:
“Satu hari saya berselisih faham dengan isteri saya. Disebabkan saya selalu jarang berada di rumah kerana tugas, isteri saya menggunakan segala kesempatan itu untuk mempengaruhi anak-anaknya dengan pelbagai tokok tambah memburuk-burukkan ayahnya.
Si anak malang berkenaan terus bertindak menghumbankan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada ayahnya menerusi SMS dengan cara menyamar.
Antaranya...JANTAN TUA ITU.... (BERMACAM-MACAM MAKIN HAMUN YANG DILEMPARKAN OLEH SIANAK KEPADA AYAHNYA SENDIRI).
Bagaimanapun si ayah tetap si ayah. Si ayah tetap tahu apa yang dibuat oleh anak kesayangan ibunya.
Malah suatu ketika siayah terpaksa ke luar kawasan dan meninggal kenderaannya di pejabat, si anak turut menjadi perisik, di mana ayahnya meninggalkan kenderaannya.
Bayangkan.... dan si anak terus menerus menyamar menggunakan SMS menyerang ayahnya.
Wahai si anak, tidak guna anda berilmu setinggi langit, jika anda tidak dapat membahagiakan atau mendamaikan kedua orang tua mu....
Sebenarnya kedua orang tuamu bukan mahu disanjung-sanjung setinggi langit atau didukung sebagaimana dia mendukung anda semasa kecil atau disuap nasi ke mulutnya, sebagaimana dia menyuapkan anda semasa kecil lagi. Tetapi sudah cukup anda menghormatinya apa lagi mengaluarkan perkataan yang tidak sewajarnya....
Orang tua memang mudah berkecil hati jika anda mengeluarkan kata-kata yang kasar terhadapnya, oleh itu jagalah lidah anda jangan sampai terlanjur berkata kasar terhadapnya. Walaupun anda tidak setuju dengan sikap mereka. Berunding dengan baik dalam suasana yang jernih akan dapat satu penelitian yang jujur terhadap apa yang dimusykillan.
Jangan anda tidak setuju terhadap salah seorang dari mereka mendurhakai salah seorang dari mereka. Anak durhaka tidak akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Oleh yang demikian, waspadalah terhadap tindak- tanduk dan tingkah laku anda untuk menjaga hati orang tua anda.
APA PANDANGAN ANDA??
Milik Siapa?
-
KUALA LUMPUR* - Perang saraf menjelang perlawanan akhir bola sepak Piala
Malaysia malam ini terus hangat dan memuncak dengan B. Sathianathan dan Wan
Jamak ...
7 hours ago

.jpg)
.jpg)










