SEMUA orang kenal kambing, dan kalaupun orang buta boleh mengenali kambing samada menerusi suara atau paling tidak bau kambing yang hamis. Dan harga daging kambing sebenarnya lebih mahal daripada daging lembu. Mungkin kerana sejarahnya yang panjang dan dikaitkan dengan beberapa ibadat aqigah dan sebagainya maka permintaan terhadap kambing agak tinggi.Lebih mahal sekiranya kambing berkenaan cukup umur dengan beberapa kreteria ukuran samada tanggal gigi atau ukuran lainnya.
KAMBING juga popular kerana sering dikaitkan dengan penyembelihan kerana Nazar atau apa jua hajat yang tertunai.
"Sekiranya saya dapat masuk ke Universiti... saya akan korbankan kambing hitam... putih dan sebagainya.
Begitu juga dengan nazar yang lain... "Sekiranya saya dapat anak perempuan.. saya akan korbankan kambing ... sekiranya saya dapat anak lelaki.... saya akan korbankan kambing....."Dengan kata lain, kambing sering dikaitkan dengan perantaraan korban yang dilakukan apabila nazar atau niat seseorang yang kesampaian.
Maka timbullah istilah-istilah "kambing hitam" dan sebagainya yang memberi erti bahawa itulah binatang korban paling popular dalam meraikan kejayan.
Cuma apa yang terfikir di kotak fikiran kita... hebatnya pengorbanan kambing untuk tuannya. Maka jadila kambing sebagai binatang korban.
Dan sepanjang hidup kita, pernahkah kita membilang berapa banyak kambing yang terkorban kerana nazar atau niat orang lain.... lihatlah juga, kambing yang terkorban tidak pernah memejamkan matanya selepas nyawanya terbang. Kambing bukan sahaja melihat siapa penyembelihnya... tetap tetap membilang berapa ramai yang bernazar di atas nyawanya???.






0 ulasan:
Post a Comment