
DULU - BERSEDIA UNTUK MELAGA LEMBU. KINI - BERSEDIA UNTUK MELAGA ORANG
AKHIR-AKHIR ini kita didedahkan dengan pelbagai isu politik yang entah bila sudahnya. Halaman akhbar, corong radio dan screen tv mengetengahkan secara terancang supaya pihak yang disokong media masing-masing mendapat tempat di hati rakyat. Bagaimanapun rakyat hari ini celik. Celik hurup, celik komputer, celik maklumat dan dikelaskan sebagai bijak pandai.
Tapi bijakkah kita kalau kita boleh dilagakan oleh orang lain. ??? .
Kita sebenarnya sedang dilagakan. Arus pemikiran kita sedang diubahsuai supaya mengikut satu kumpulan yang ada kepentingan yang tersendiri. Ada yang berkata kita perlu bersatu demi bangsa agama dan negara, ikutlah aku. Tetapi ada pula yang bertegas berkata, demi bangsa agama dan negara, maka ikutlah kami. Hanya perkara yang sama.. demi bangsa, agama dan negara.
Bangsa mana?? agama mana?? dan negara mana??
Kalau bangsa yang sama, negara yang sama... dan agama yang sama, mengapa kita tidak bersatu untuk menjana sebuah pembangunan dan hala tuju yang satu.
MAKA.. saya teringat beberapa permainan yang terdahulu iaitu permainan MELAGA LEMBU, MELAGA AYAM, MELAGA IKAN, MELAGA BIJI GETAH DAN PELBAGAI JENIS LAGA .... sehinggalah permainan MELAGA LUTUT.
DAN... Kita boleh melaga lembu kerana lembu adalah binatang.. bodoh!! begitu juga melaga ayam. Hatta kita boleh melaga lutut kerana di dalam kepala lutut ditak ada akal. Sedangkan dalam kepala manusia ada akal.
Jadi, rupanya akal kita boleh dipermainkan oleh orang lain. Lantas, tulisan ini mengajak kawan-kawan supaya bijaksanalah menggunakan akal.
Kerana sejarah melaga lembu kerbau bukan perkara baru. Saya paparkan gambar lampau di laman ini.. iaitu zaman melaga lembu di Kelantan oleh rakyat Kelantan masa lalu...untuk renungan kita bersama. Agar.. kita dizaman serba moden ini tidak mudah dijadikan lembu laga untuk tontonan pihak yang meletakkan wang pertaruhan... SEKIAN






0 ulasan:
Post a Comment