TEKAN BUTANG STOP UNTUK MEMILIH TIDAK MENDENGAR RADIO


meLAYU MALASia


Saya meninjau beberapa buah kedai komputer di sekitar KUALA LUMPUR untuk membeli satu perisian yang amat saya perlukan. Dalam pencarian saya, saya memasuki beberapa kedai komputer milik warga pakistan.
Jiwa saya tersentuh untuk menulis posting ini pada hari ini:
PERTAMANYA - Terlalu banyak peluang perniagaan yang tersedia di bumi Malaysia bertuah ini telah direbut oleh orang lain. Pelbagai peluang telah disediakan oleh pihak kerajaan termasuk menerusi DASAR EKONOMI KERAJAAN (yang tak perlu saya perincikan), Kemudahan Pinjaman oleh pelbagai agensi, Kemudahan Prasarana dan sebagainya. Namun semuanya dipandang sepi oleh sebahagian besar orang Melayu.
KEDUA - Cerita lama Melayu, LEBAI MALANG (yang menghitung jamuan, akhirnya lapar di jalanan), PAK KADOK (Ayam Menang Kampung Tergadai), PAK BELALANG (berdiri di atas nasib), MAT JENIN (mati dengan angan-angan), SI LUNCAI (terjun dengan labu-labunya)... dan bermacam-macam, hinggalah kepada PAK PANDIR.. seakan berulang di zaman kita sedang berusaha menjayakan visi besar VISI 2020 yang hanya akan tiba sedekad lagi.
KETIGA - Perjalanan saya sebelum ini, saya bertemu dengan pelbagai rasa hampa apabila saya masuk ke ladang-ladang sawit, saya bertemu dengan buruh-buruh mahir di kebun kalangan rakan-rakan kita dari INDONESIA. Saya masuk ke beberapa kedai makan yang tukang masak serta pelayan warung kalangan warga THAILAND. Membeli belah di pekan sehari saya bertemu dengan tokeh-tokeh kain yang dipelopori kalangan sahabat warga KEMBOJA.
Begitu juga bila ke setesen pam.... ramai pekerjanya kalangan warga BANGLADESH, penjaja carpet di kampung-kampung dipelopori warga pakistan... dan begitu juga di bandar ... di sekitar CHOW KIT.. terlalu ramai orang lain yang bijak mengambil peluang.
KEEMPAT - Persoalannya, akan pupuskah orang Melayu dalam jarak masa 50 tahun dari sekarang????.
Saya meninjau di beberapa Institusi Pengajian Tinggi, baik IPTA atau IPTS... realitinya pelajar perempuan yang adalah 70 peratus dari jumlah pelajar. Dan mereka ini akan jadi golongan pemimpin di masa depan. Tapi siapa pasangan mereka selepas ini???
Pemuda Melayu sudah tiada!!!
Pemuda Melayu ramai, tetapi ramai yang dikaitkan dengan membuang masa dengan berkhayar dengan hidu gam, hidu tahi lembu, pil kuda, dijangkiti HIV.... mereka ini tidak layak untuk menjadi suami yang baik. Tidak lagi saya mengambil kira ramai pemuda gagah melayu yang hilang dari dunia kerana terbabas semasa perlumbaan Mat Rempit.. ramai juga yang menghabiskan masa sia-sia melalak dengan gitar kapok di wakaf-wakaf di pinggir pekan.
Setiap kali pembentangan baget, setiap kali pilihanraya, setiap kali bertukar kabinet, pemimpin kita melaungkan agenda membela nasib bangsa dengan pelbagai kemudahan.
Oleh itu bagi kita, kalangan pemimpin zaman ini, fikirkanlah sesuatu yang baik untuk anak bangsa. Kepada pemuda Melayu, andalah harapan bangsa. Kepada gadis Melayu, jadilah wanita sejati.. Alhamdulillah sudah lama kita tidak mendengar cerita buang bayi di dada-dada Akhbar.
Teruskan perjuangan untuk memajukan diri sendiri, agama dan negara tercinta.

0 ulasan:

 
"...SATU MALAYSIA... JANGAN DUA MALAYSIA... JANGAN TIGA JANGAN EMPAT!!..

BANNER KAWAN-KAWAN ( 4 )

BLOG TERPILIH

BLOG TERPILIH
KL FM -- HASLINA-- AMIRUL-- ORANG PALING KAYA-- NURA -- SINAR FM -- MUZIK FM -- yesilkurbaga -- MANIS FM ---- IKIM FM -- KELFM -- MUTIARA FM -- PAHANG DAILY-- PANCA -- KILAUAN CINTA -- MANIS FM --TERENGGANU FM--SELANGOR TIMES --KRAIUTARA --RADIO FAN CLUB--
A B
13 -- 3NDUR0--ARTIIRHAMNA -- ABDULKAMIL--ARDIAN DININGRAT -- ACTRESS--ASIAN BAKINI --ANTOSUGIYANTO-- ADULTS BLOG--ALOHA-- ANEH-ANEH-- ANAK MERANA --ANAK NELAYAN--ALI --ADITHYA RAMADHAN -- ARUNWALLS --AISYH -- AZLI SHUKRI -- BAYU NUGROHO -- BEAUTIFUL-- BEJAKU-- BEAUTY FEMALE--BEST LUXURY HOTEL -- BOOK --BUNDA--
C D
CATATAN AJI-- CELEBRITY-- CELEBRITY FEMALE-- CAH-CIKRIK -- COOL-- --CO-SINGLE--DELICIOUS CORNER -- DJ AZNI--DJ FARAH --DJ NIK AIDA--DJ FIZA--DJ RUDIN KELFM -- DANI INFO SEX --DJ EBBY HALIM PAKCU--DJ SHEK TASIKAN-- DJ KAKWE--DJ LIN KAKNGAH -- DJ LUTH-- DEASESE 4 INFO--DWI-- DANTELECE2--
E F G H
EDWINALGREEN-- E PROSIGN--EMILIA -- FIKIR JERNIH-- FITNESS COME FIRST-- GEE FASHION --GADGET’S AREA fauzyfaz--HERBIES WORLD --HOLILNOTS-- HOT STUFF-- HESTI--
I J K L
IBUJUNES -- IMELDA--EIBA LIVES-- IKHWAN --IERA --IZAN-- JAki -- KAK YONG-- KEMAYUKU --KELAB PENDENGAR KELFM-- KIR25 -- LUXURY HOTEL--LINGZ--LIFEWITHFASHION--
M N O P
MODERN CELEB -- mellimagination -- MOST BEAUTIFUL FEMALE-- MERYL --MY ADHA--MY-MERCUSUAR -- NARTI --MELATIWANGI --NEWMASGUN-- NURUL-- NEOCOMP4 --NURALIFKAISAH --ONLINETHEME -- OHHOTGIRL--OASI IMAN-- ORE KLATE -- PAKATAN RAKYAT--PHOTO WORLD --PINEHAS-- PENDOWN HAPPENING -- PRIDE4US--
Q R S T
RITCHIELA--QSYAH-- RAINI MUNTI-- RAZI --RED SECRET DIARY --RIDLOBELIAN --SAPUJAGADKU -- ROHADI - -SANG WAKTU - -SAMPARA -- S G B --SHAM - PERTANIAN -- SUSKI - HOTEL & ROM-- SOFTWARE51--sexcomersial -- STIVEN--SUE -- SH TERATE PANDU-- SWEETALIA--SWEET MAMA -LILY--TEBU BOY-- THAI--TETAMU SENJA--
U V W X Y Z
(UDA)PINGIN BELAJAR--VICIKA-- WAN IZAAN-- WORLDCINESOUTH-- WANHANAFI --edithanafi--