Sesekali turun ke pasar kerana mencari sedikit keperluan, saya amat tertarik melihat kegigihan wanita-wanita Kelantan berniaga. Memang ramai wanita berniaga di mana-mana. Tetapi bagi wanita di Kelantan, terasa ada keunikannya. Dalam bahasa yang ringkas, mereka ini sabar dan mesra.
Berkunjunglah ke mana-mana pasar di Kelantan samada di pasar Tanah Merah, Machang, Pasir Putih, Rantau Panjang..... malah Pasar paling tersohor iaitu Pasar Siti Khadijah.. wanita mendominasi ruang perniagaan daripada ulam-ulaman, kain baju hinggalah ke perniagaan surat pajak atau barang kemas.
Rasanya berbeza kalau kita menyusuri kawasan perniagaan di sekitar Chow Kit yang rata-rata atau sebahagiannya terdapat para pendatang yang bergiat cergas di bidang perniagaan termasuk berniaga buah-buahan di Chow Kit.
Alhamdulillah... kita berbangga dengan kegigihan seumpama ini yang perlu di kekal kan sehingga YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz menamakan sebuah pasar besar di Kelantan dengan nama Pasar Besar Siti Khadijah.
PASAR SITI KHADIJAH
Nama asal pasar ini ialah Pasar Besar Buluh Kubu dan ditukar namanya oleh Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan sebagai tanda penghormatan kepada kaum wanita kerana majoriti peniaganya adalah golongan wanita.
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk para peniaga berniaga barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya manakala tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal.
Kepada para pengunjung dari luar Kelantan, mungkin mereka boleh memilih ... antaranya Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan.
Kuih tradisional Kelantan yang tersohor lainnya ialah kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
KALAU ADA MASA..... JOM SESEKALI KITA MENYUSURI MENCARI BARANG KEPERLUAN DI MANA-MANA PASAR DI KELANTAN......

0 ulasan:
Post a Comment