Saya merenung keluarga monyet yang sedang galak menunggang motosikal yang dirampas. Seekor yang lain sedang menenung monyet-monyet lain.
Bukan apa, hanya sekadar mencari sedikit ketenangan. Rasa terganggu....!!
Beberapa hari terakhir ini, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan beberapa perkara mengenai beberapa perkembangan. TV dan akhbar turut mengulas pelbagai isu termasuk beberapa isu politik di Perak, di Terengganu, Di Johor.... kes orang-orang politik di Selangor dan banyak lagi yang lain. Selaku rakyat biasa, saya melihatnya sebagai kegilaan sesetangah insan yang ingin berkuasa.
Lantaran saya kembali kepada diri, membisikkan kepada diri sendiri, apalah ada pada kuasa sekiranya kita diumpat, dikeji, dicaci.... dengan satu pertanyaan, puaskah segelintir manusia hidup dalam dunia seperti ini???
RAMPAS MAKANAN DI MULUT ORANG
Di zaman kanak-kanak dulu, saya juga terpandang seorang kanak-kanak lain sedang memakan sepotong kuih. Dalam keadaan lapar, dalam keadaan dahaga, saya tidak pernah tergamak untuk merampas sepotong kuih daripada mulut kawan saya itu kerana saya sedar, saya akan menikmati makanan yang tidak halal untuk saya. Dan saya tahu, di rumah saya cukup dengan bahan-bahan untuk ibu saya membuat kuih yang lebih baik daripada itu.
Apalah sangat bagusnya kuih yang sedang digigit kawan saya. Merampas dari bibir kawan saya akan menimbulkan perbalahan yang panjang selain saya tidak akan mendapat kepuasan. Apa yang saya buat masa itu ialah saya akan segera kembali ke rumah, meminta ibu menyediakan resepi terbaik menyediakan kuih yang lebih baik untuk saya dan saya akan menikmatinya dengan selesa.
SAMPAI BILA KITA HARUS BERMAIN DENGAN KUASA
Kuasa yang ada adalah jalan terbaik untuk kita mendapatkan sesuatu. Tetapi, apakah kita sedar siapa yang membekalkan kuasa kepada kita?? Kalau orang lain yang memberikan kita kuasa, kita mendapat pengaruh juga daripada orang lain... kenapa kita tidak memikirkan sensitiviti orang lain yang memberikan kita kuasa??
Malang sekali kalau kita diberi mandat oleh satu-satu golongan, tetapi kemudiannya kita meninggalkan orang itu. Yakinlah, bila kita dipilih, maknanya kitalah yang terbaik pada kaca mata pengikut kita. Tetapi, kitalah pemimpin paling terkutuk apabila kita meninggalkan para pengikut yang sebelum ini menjulang kita.
Oleh itu, usia kuasa yang ada kita, nampaknya tidak sampai ke mana. Suatu hari pengikut kita akan mengucapkan selamat jalan... tunggulah masanya.
ZAMAN SUDAH MODEN
Dulu kita dilahirkan dalam keadaan serba daif. Telanjang. Tidak tahu apa-apa. Apa yang dibekalkan oleh aya dan ibu... itulah dia milik kita. Namun zaman sudah berubah. Hari ini kita sudah dewasa... kita sudah mampu melihat yang terbaik, memandang yang terindah, mampu untuk menilai dan membeza. Di depan mata kita ternampak siapa yang tamak dan siapa yang terbaik....
Lantaran, saya tercari-cari satu kejujuran dalam setiap kata-kata yang terloncat daripada pemimpin kita. Cuma satu penemuan yang saya dapat untuk malam ini... iaitu, kita sebenarnya sedang dipermainkan oleh golongan tertentu yang masih lagi mengganggap kita sedang berada di zaman lampau. Masih ada orang mengganggap kita berada di zaman kolot. Mereka berkenaan sebenarnya tidak sedar, setiap saat, setiap detik kita sedang memerhati sebijak mana mereka akan menipu kita.
AWAS!!!
Kepada para pemimpin yang sentiasa mempermainkan harapan rakyat, sedarlah.... kita adalah manusia terhina sekiranya kita menjadi bahan umpat keji dan bahan cacian saban hari.....

0 ulasan:
Post a Comment