WANITA DAN MASA DEPAN.....?

Saya tertarik dengan beberapa perkembangan dunia yang penuh dengan pancaroba ini yang dikaitkan dengan ‘WANITA’. Pelbagai perkara kehidupan diceriakan dengan wanita terutama pada zaman mutakhir ini ketika belia (lelaki) kita yang ramai yang menyimpang dari arus kehidupan sebenar.
Maksudnya, ada belia kita yang terbabit dengan Mat Rempit, Najis Dadah, HIV, Pil Kuda, terlalu memilih pekerjaan, menganggur dan sebagainya, kaum wanita semakin menyerlah dan mengisi tempat lelaki sebagai ketua jabatan.
Satu perkembangan yang menariknya pada wanita, tapi kurang memberangsangkan untuk jangka panjang. Belia yang tidak berkualiti akan menyebabkan lebih ramai wanita kita yang sukar memilih jodoh. Akhirnya persoalan yang timbul bagaimana zuriah kalangan bangsa kita boleh dikembangkan demi kepentingan masa depan Negara.
Kurang sempurna kalau isteri berjawatan pengarah atau pegawai besar sedangkan suami menjadi pengasuh anak di rumah. Sehebat mana pun wanita, realitinya pergerakan wanita adalah terbatas. Tidak mungkin untuk wanita balik awal pagi menghadiri mesyuarat, buat temu janji di kedai kopi, membiarkan anak membesar bersama ayah di rumah….
Namun inilah yang terjadi. Pendaftaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), barisan pelajar wanita jauh lebih panjang daripada kaum lelaki. Kalau meninjau di tingkatan enam pun, hal yang sama berlaku. Ada tiga pelajar lelaki berbanding dengan 17 pelajar perempuan dalam satu-satu kelas.
Sekiranya ini yang terpamir pada tahun 2010… bagaimana keadaan dengan kepimpinan lelaki 20 tahun lagi …(tahun 2030).
Siapa yang akan menerajui Negara ini. Siapa barisan menteri kabinet kita. Aisyah, Sarah, Wati, Zulaikha, Mariam….. dan itulah nama-nama besar yang akan menjadi pemimpin…
Dan harus kita ingat, wanita mampu menjadi pemimpin, mampu menjadi pembatu terbaik kepada pemimpin… tapi kaum wanita tidak dibolehkan menjadi imam.
Lantaran, mana-mana belia yang sempat membaca apa yang saya tulis, sedarlah, Negara memerlukan tenaga serta idea anda di masa depan. Rebutlah peluang yang ada dan fikirkanlah masa depan bangsa dan Negara. Jauhilah aktiviti social yang merugikan.






0 ulasan:
Post a Comment