SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (10.09.2010), nampaknya jalan-jalan di Kelantan (negeri kelahiran saya) sudah dibanjiri oleh kenderaan-kenderaan perantau yang pulang ke kampung halaman dari segenap penjuru. Dari lebuhraya Timor-Barat Grik ke Jeli untuk kawan-kawan perantau dari arah utara. Dari pintu masuk Pasir Putih Jertih pula untuk mereka yang datang dari Terengganu dan Pahang manaka dari arah Gua Musang Kuala Lipis pula bagi mereka yang merantau di selatan tanahair dan Kuala Lumpur.
Kepada para perantau serta pengguna jalan raya, pandulah kenderaan saudara dengan berhemah..
Sebulan kita berpuasa, kedatangan hari raya memang dinantikan. Siaran radio dan TV pun turut meletakkan sambutan hari raya adalah segala-galanya. Tidak banyak sangat seruan sembahyang sunat terawih, kurang juga menyentuh tentang kehebatan solat malam.... tetapi sambutan hari rayalah juga diutamakan. Itulah tuntutan dunia hari ini. Siapa di belakang segala program hiburan yang mampu melekakan umat Islam, orang Melayu itu tidak perlu kita ketahui.
Bagaimanapun dalam kita ghairah menyambut hari raya, elakkanlah diri kita keluarga kita daripada terlalu membazir dalam berbelanja. Kita terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai promosi jualan pakaian, mainan dan apa jua yang dikaitkan dengan sambutan hari raya agar kita berhabisan untuk menyambut kemenangan Ramadan ini.
Di sana sini juga kedengaran anak-anak bergembira dengan cara yang tersendiri, bermain bunga
Ingatlah, amalan membakar mercun bukan budaya kita. Pihak keselamatan juga turut mengeluarkan peraturan supaya tidak menjual dan membakar mercun. Yang pasti pengusaha kilang mercun juga bukan daripada kalangan orang kita.
Mengapa kita harus membuang duit membiarkan anak-anak membakar mercun yang ternyata amat merugikan, bising, mengganggu jiran tetangga, sekaligu pula kita turut membantu memperkasa kilang-kilang mercun yang dimiliki kaum lain.
Ramai orang kita selalu mengeluh... mengapa kaum bukan Melayu kaya raya, mengapa kaum bukan Melayu lebih ramai yang menjadi jutawan.... itulah, sebenarnya kita yang membantu perniagaan mereka.
Banyak juga cerita saban tahun yang mengkhabarkan anak-anak putus jari, cedera dan sebagainya akibat tabiat membakar mercun. Tapi kita masih lupa bahana tabiat ini. Betul kata Tun Dr Mahathir.. " Melayu Mudah Lupa...."
Persoalannya, dari mana anak-anak mendapat duit untuk membeli mercun kalau bukan dari poket ibu bapa. Dan ramai ibu bapa pula bukannya kalangan tidak berpelajaran.... ramai kalangan mereka yang berpendidikan tinggi. Tetapi mengapa mereka sanggup mengajar anak-anak mereka melakukan perkara tidak berfaedah ini ... inikah budaya kita manjakan anak-anak tidak bertempat....
Selamat Menyambut Hari Raya dengan penuh keinsafan, syukur dan sederhana. Kepada rakan-rakan.... mohon maaf zahir batin. Wan Hanafi Wan Min







0 ulasan:
Post a Comment